Jumaat, 4 September 2009

aku dalam kekeliruan...




sejak akhir-akhir ini aku ase amacam x menentu arah.. x tau knpe... sejak dia sepi tanpa berita. ikotkan hati mau aje aku menghubungi dia supaya rindu yang bertandang di hati hilang namun egoku menghalangnya. aku cuma rindu akan gelak tawanya, celotehnya dan suaranya. ah! semuanya aku menjadi angau bagiku?


ah!!!!!knpe?


jtuh cinta kah aku? bukan itu hanya mainan perasaan..


rindukah aku? bukan itu hnya mengingtinya..


adakah aku mencintainya?.. tidak... aku hnya senang berkawan dgnnya..




aku teringt ttg sebuah bidalan yng berbunyi... cinta terdapat 3 jenis...


1. cinta dri syaitan iaitu cinta yg membwa kpd kemksiatan.


2. cinta dri jin iaitu cinta yng disihirkan.


3. cinta dari Allah iaitu cinta yang membawa kebahagian dan kesejahteraan..




maka akan aku pilih cinta yang ke-3. andai dialah cintaku maka aku terima dengan rasa gembira. jika dia hanya kawanku maka aku terima dengan redo. andai itu suratan takdir aku pasrah. whai angin bawalah aku pergi jauh kerna aku tidak larat untuk terus menunggunya hadir kpdku... aku pasrah....

Selasa, 14 Julai 2009

Guru oh Guru

ustazah Zahiyah...



BERBURU ke padang datar


Dapat rusa belang kaki


Berguru kepala ajarIbarat bunga kembang tak jadi


(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia


Tiap akar ilmu miliknya


Pelita dan lampu segala


Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat


Alur kesetiaan mengalirkan nasihat


Pemimpin yang ditauliahkan segala umat


Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta


Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara


Jika hari ini seorang ulama yang mulia


Jika hari ini seorang peguam menang bicara


Jika hari ini seorang penulis terkemuka


Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;




Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya


Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota


Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu


Dia adalah guru mewakili seribu buku;


Semakin terpencil duduknya di ceruk desa


Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,


gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmu


Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat


Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANGn(1979)

Khamis, 9 Julai 2009

Untukmu wahai wanita..

my beloved sis....






1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".



2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.



3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.



7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dar pada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.



9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.



12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.



15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.



17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.



18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.



19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Sabtu, 27 Jun 2009

Kasar: Sikap Wanita Yang Dibenci......


wanita solehah idaman lelaki yg soleh

Mata bercahaya bak bintang timur. Hidung mancung bak seludang. Pipi licin bak pauh dilayang.Bibir bak delima merekah dan tambah pula rambut yang ikal mayang. Cantiknya wanita idaman hati. Apatah lagi dilengkapi dengan ilmu dunia dan akhirat yg begitu sempurna. Begitulag ciri2 muslimah sejati yg dituntut islam.


Tapi sayng, kesempurnaan itu pula cacat dgn tingkah laku dn perlakuan yg kasar. wanita sering digmbarkan sbagai seorg yg lemah lmbut sm ad dari segi pertuturan atau tingkah laku.




KASAR TUTUR KATA...




Wanita bertutur dalam bahasa dn gya bhs adlah batasan tatasusila,biasanya sntisa ckp lepas , ckp kasar , gemar mninggikan suara serta mdh hilng pertimbngan. Org sperti ini jarang mmikirkan bgmna perasaan orng mnerima kata2nya.


Allah s.w.t berfirman:


" Serta ucaplah kata2 yg baik kpd manusia"


( Al-Baqarah : 83)


Bagaimnkh sseorg itu hndak mgubah tutur katanya drpd kasar kpd lmbut? Hndklah dia bermuhasabah diri dan berdoa :


" Ya Allah, aku berlindung kpd Engkau dari kemunafikkan,perngai buruk dn rzki yg sempit."

Jumaat, 26 Jun 2009

ayahku wiraku....



Aku anak manja ayah sejak kcil lg.. ayah cerita, dulu aku x dapat tido, kalu x tido dibawah ketiak dia...malunyer...ihhihihi.. Kini aku dah besar dan jauh ngan ayah... Jauhku bkan untuk melarikan diri dari ayah tapi aku menuntut ilmu untuk mengubah hidup kami sekuarga. Ayah selalu pesan padaku supaya belja bersungguh2 n rajin.jgn nakal2. huhuhuuh.... Ayah.. adalah harta yang berharga buatku dalam dunia ini. Aku x ad pape selain ayah. Aku x sabar nak habis blja n dapat keje. t aku leh la beli kete idaman dia... mechedes....




Satu ari, aku masuk biliknya untuk kejutkan dia. Tika tue dia sedang nyenyak tido dan aku x sampai ati tok kejutkan dia. Aku memerhatikan wajahnya begitu letih sekali, kedengaran hembusan nafasnya begitu kuat. Mungkin penat sehari berkerja tanpa lelah.. aku memegang tangannya yg sudah nmpak urat2 tue, aku mengusap2 tngan tersebut,tersa kasar kerna dia bnyak mngunakn tgan itu untuk mncari rezeki kpd kami sekuarga. Ayah..... panggilku dengan lmbut. Ayah.... dia masih mmbatu diri.. ayah,pnggilku smbil menepuk2 bahunya... selepas 5 minit dia tersedar... aku menarik nafas lega.... aku tidak sampai ati untuk melihat keadaan ayah sebegitu letih....


Biler aku bersendirian, aku terfikir andai aku dtiggalkan oleh ayah..... Dptkah aku menerimanya?


Dptkah aku bersmngat lg? Dptkah aku terus ceria seperti skrg? Dapatkah aku?????


Ayah... jgnlah tinggalkan aku.... aku memerlukanmu...




Ya Allah,aku mohon pada-Mu..


Panjangla umur ayah dan sihatlah tubuh badannya..


Hanya dia yg aku ada kini..


Dia segala2nya bagiku..


Tolongla pnjangkn usianya supaya dia dpt meliht kejayaanku nnt..


Aku bisa mmbalas jasa yg besar itu...


Aku merayu pada-Mu...


Dengarlah rintihan hamba-Mu yg hina ini....

sahabat....

sahabat yg paling rapat dgn aku.. (geng Hingusan)



Rakan sekelas aku yang bnyak membantu aku...

nie roomate aku,dia segala2 bagi aku...

Dalam kehidupan kita, sahabat antara org yg pling rapat dgn kita kerna sahabat adalah insan tempat kita bertukar2 pendapat,cerita dan berkongsi suka duka. Malah,sahabat juga penganti ibu bapa, jika kita berada jauh drpd mereka. Orng kata berkawan biar seribu berlawan jgn sekali.(betol ker? aku pakai hantam jer,kui3) Begitulah jua dgn aku, aku mempunyai ramai kwan...



kawan sekolah..



kawan sekampung...



kawan sekolej...
kawan bilik...


kawan enternet...



kawan seperjuangan...



kawan sms...



bnyak lagila....



Semakin ramai kawan ,semakin banyak ragam yg kita temui.. Mereka penghibur dikala aku



sunyi,merka pemurah dikala aku susah,mereka gmbira dikala aku senang,mereka memujuk dikala aku sedih,mereka lah sahabat aku.... itulah mereka.. sedikit bnyak telah mendewasakan aku. Kadang kala aku terpikir, adakah aku nie seorng sahabat yg disenangi atau menyusahkan??? Sudahkah aku menjadi sahabat baik mereka???



Wahai sahabat, aku akui aku bukan seorng yg sempurna dan baik. Terimalah kelemahanku dan sokonglah aku untuk memajukan diri kerna kau adlah sahabatku...



Aku menghargai jasamu selama ini,moga Allah s.w.t membalas segala jasamu.....

Khamis, 25 Jun 2009

saya sayang mak saya




Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....mak


Bila lapar, yang suapkan aku....mak


Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak


Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak


Bila bangun tidur, aku cari....mak


Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak


Bila nak bermanja, aku dekati....mak


Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak


Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak


Bila nakal, yang memarahi aku....mak


Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak


Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak


Bila takut, yang tenangkan aku....mak


Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak


Aku selalu teringatkan ....mak


Bila sedih, aku mesti talipon....mak


Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak


Bila bengang.. aku suka luah pada..mak


Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "


Bila sakit, orang paling risau adalah....mak


Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak


Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak


Bila ada masalah, yang paling risau.... mak


Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak


Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak


kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak


Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku ... mak


Yang selalu berleter kat aku...mak Yang selalu puji aku....mak


Yang selalu nasihat aku....mak


Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Bila tiada duit Orang pertama aku tuju dan rujuk ...mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.......pasanganku


Bila sedih, aku cari......mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku


Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku


Bila berduka, aku peluk erat....emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku


Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak


Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku


Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku


Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku


Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku


Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau mak sudah tiada..........MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya?berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya?berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya?berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya?berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya?berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya?dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya?
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00


2) Tolong jaga adik : RM4.00


3) Tolong buang sampah : RM1.00


4) Tolong kemas bilik : RM2.00


5) Tolong siram bunga : RM3.00


6) Tolong sapu sampah : RM3.00


Jumlah : RM17.00



Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA


2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA


3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA


4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA


5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA



Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibunya, memeluk dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.